Wednesday, July 7, 2010

Hati & Perasaan

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa
dengan orang yang
salah sebelum menemui insan yang betul supaya
apabila kita akhirnya
menemui insan yang betul, kita akan tahu
bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik
pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,
yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang
telah tertutup itu
terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu
yang telahpun dibukakan untukkita. Kawan yang
paling baik ialah seseorang yang anda boleh
duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa
berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang
dengan perasaan bahawa itulah perbualan
yang paling hebat yang pernah dialami.Memang
benar yang kita tidak
akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah
kita kehilangannya
dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang
kita rindukan
sehinggalah 'ia' datang.Memberi seseorang seluruh
cinta anda bukanlah satu
kepastian yang mereka akan menyintai anda
kembali! Jangan
harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja
ia untuk mekar di dalam
hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia
terus mekar di
dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa
seminit untuk jatuh hati
pada seseorang, satu jam untuk menyukai
seseorang, satu hari untuk
menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa
sepanjang hidup
untuk melupakan seseorang. Jangan pandang
kepada kecantikan kerana
boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan
kerana ianya akan
susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda
tersenyum kerana ia
cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk
mencerahkan hari yang
suram. Carilah yang membuatkan hati anda
tersenyum. Akan tiba satu
ketika di dalam kehidupan apabila anda
teramatkan rindukan seseorang
sehingga
anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan
memeluknya dengan
sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
pergilah ke
mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa
yang anda inginkan kerana
anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu
peluang untuk melakukan
semua perkara yang ingin anda lakukan. Semoga
anda memiliki
kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri
anda menarik, percubaan yang cukup untuk
membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup
untuk
memastikan anda adalah seorang insan dan
harapan yang cukup untuk
membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri
anda di dalam kasut
seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan
anda, fikirlah ia
mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia
tidak semestinya dalam memiliki segala yang
terbaik. Mereka hanya
membuat yang terbaik dalam hampir apa saja
yang datang di dalam
perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak
kepada mereka yang
menangis, mereka yang terluka, mereka yang
telah mencari dan mereka yang telah mencuba.
Hanya mereka yang boleh menghargai
kepentingan manusia yang
telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula
dengan senyuman,
mekar dengan ciuman dan berakhir dengan
tangisan. Masa depan yang
cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu
yang telah dilupakan.
Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan
sempurna sehingga anda
melupakan kegagalan dan kekecewaan masa
silam. Semasa anda
dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling
anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya
apabila anda mati nanti, andalah
yang kan tersenyum dan orang sekeliling anda
pula yang akan
menangis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...