Tuesday, September 6, 2011
Pekak
Satu hari seorang lelaki menemui doktor menyatakan kebimbangannya terhadap tahap kendengaran isterinya...dia bimbang isterinya akan jadi pekak..jadi doktor tu pun suruh dia pulang dan test pendengaran isterinya sekali lagi... jadi satu hari tu masa isterinya tengah masak, dia pun tegur isterinya dari belakang..."sayang masak apa hari ni sayang?" isterinya diam tak menjawab... pas tu dia pegi dekat sikit kat isteri dia dan dia tanya lagi sekali... "sayang masak apa hari ni?!" dengan nada suara yang agak kuat sikit...masih isterinya tak menjawab... Lalu dia pun mula pergi berdiri betul2 belakang isteri dia, dan bertanya dengan nada suara yang kuat... "SAYANG MASAK APA HARI NI?!!!!"....kemudian isteri dia pun berpaling lalu menjawab dengan nada selamba.... "abang ni...kan dah tiga kali saya cakap, hari ni saya masak sambal tumis udang....."
Tidak Mahu Menantu
Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya.
Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"
Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan?
Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.
Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?
Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra."
Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."
Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah…….
"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya,dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan
menjadi menantu saya," katanya lagi.
Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.
Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?
Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang, "Masalahnya?, SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI
MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PONG TAKDERRR!"

Tukang Jual
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor
atau Tampin?
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan
yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Subscribe to:
Posts (Atom)